CEO Facebook Inc, Mark Zuckerberg
CEO Facebook Inc, Mark Zuckerberg

Media Sosial terbesar Facebook, meminta maaf atas kesilafan perusahaannya atas kebocoran terhadap 50 juta pengguna laman facebook, permohonan maaf itu telah disampaikan langsung oleh ketua eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, (22/3).

Ketika sidang media dilakukan yang disiarkan oleh televisi Amerika Syarikat itu, bilionair berusia 33 tahun itu berkata, “Ini peristiwa kebocoran yang besar dan saya memohon maaf atas kejadian ini.

“Ini semua adalah tanggungjawab kami, dan saya pastikan tidak akan terjadi lagi.”

Beliau juga juga berjanji memastikan aplikasi data peribadi pengguna yang tidak boleh dicuri itu, terjadi di Cambridge Analytica pada enam hari lalu.

Skandal itu menyebabkan nilai saham Facebook yang dianggarkan senilai AS$50 juta itu sedangkan Zuckerberg sendiri bernilai AS$5 juta, merosot 10 peratus.

“Kami mempunyai tanggungjawab melindungi data peribadi anda, dan jika kami gagal berbuat demikian, kami tidak layak melayani anda. Kami perlu pastikan tiada lagi Cambridge Analyticas (CA) di luar sana,” kata dia.

Firma juru bicara data Britain, CA membuat laporan profil pengguna sebanyak 50 juta di Facebook dengan aplikasi yang dihasilkan oleh penyelidik Aleksandr Kogan.

Aplikasi itu dimuat turun kira-kira 270,000 pengguna tanpa menyedari ia turut ‘mengambil’ data rakan mereka secara tidak sengaja, kerana ketika itu peraturan Facebook membenarkan ia berlaku.

CA yang mempunyai pejabat di London, New York, Washington, Brazil dan Malaysia, di vonis bersalah dari Facebook.

Zuckerberg berkata, pihaknya bukan saja bersedia mematuhi peraturan, malah beliau sendiri akan memberi keterangan kepada Kongres jika diperlukan.

Previous articleBakal Dilantik Jadi Wagub Kepri, Isdianto Ziarah di Makam Ayahnya di Kundur
Next articleCara Basmi Jerawat Dengan Bumbu Halba